Senin, 28 Januari 2013

Bagaiman UNtuk Bercinta Karena Allah?

Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.”




Tiada satu pun perkara dalam dunia ini terlepas dari ciptaan Allah. Seandainya kita mencintai seseorang, sedarlah bahawa orang itu juga adalah ciptaan Allah. Maka yang manakah perkara yang lebih layak dicintai? Penciptanya atau penghasilan-Nya? Sudah tentu penciptanya kerana kita sendiri adalah makhluk yang diciptakan-Nya. Mana mungkin kita mampu mempunyai rasa cinta dan kasih sayang seandainya diri tidak dilahirkan ke dunia ini.


Oleh itu adalah satu kesalahan andainya kita tidak sandarkan rasa suka, kasih sayang dan cinta yang kita miliki ini pada Allah yang menciptakan kita semua. Seharusnya rasa cinta yang hadir kepada manusia itu menambahkan lagi rasa cinta kita kepada Allah kerana hal itu telah menyempurnakan hidup kita.


Apabila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah. Kita juga mahu dirinya mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur demi mendapat keredhaan Allah. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka dalam nikmat dunia. Kita dapat perhatikan ramai manusia membiarkan pasangannya bergelumang dalam kehidupan penuh maksiat sedangkan dalam masa yang sama dia mengaku mencintai pasangannya. Cinta seperti ini bukanlah cinta yang dikehendaki dalam Islam dan inilah contoh gambaran cinta kepada manusia bukan kerana mereka mencintai Allah.



Oleh Syeikh al-Kubrawiyyah.


Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.


Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud:

Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu.

FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud:

Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah nauganKu, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naunganKu.

Rasulullah bersabda yang maksudnya:

Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.


Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.


Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.


Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia mampu hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.


Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:

Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa. ( az-Zukhruf:67)

Munculnya Pelangi

Assalamualikum..

Kadang2 kita rasa susah,perit,kecewa,dukacita.. Sebenarnya itu semua dari Allah, Allah yang datangkan semua perasaan itu. Allah boleh juga datangkan kita senang,gembira, bahagia dan mcm2 lagi perasaan. Hebat nya Allah kan??. Allah buat semua tu untuk uji kita, Allah nak tengok sejauh mana kita dapat Taat perintah DIA walau macam mana keadaan kita pun. Allah bagi Ujian, Allah mengikut kemampuan kita. kita kena banyak2 Doa pada Allah semoga Allah bantu di dalam setiap amal & perbuataan kita... 


✿~ Jangan sesali apa yang telah pergi..
✿~ Jangan tangisi apa yang telah tiada..
✿~ Jangan terus menerus menyiksa diri..
✿~ Jangan terus hanyut dalam kesedihan..




tetapi BANGKITLAH dan BINA kembali apa yang telah tiada..

p/s : Sahabat, aku menyayangimu..Allah selalu ada untukmu, HAPUSKAN air matamu..jangan bersedih lagi..ingatlah, ada INSAN yang selalu meminta diuji agar dia TIDAK LUPA pada Allah, agar Allah sentiasa sayang padanya..bukankah kamu DIPILIH oleh Allah, sebagai tanda sayangNya kepada kamu? ♥♥

Hujan : Rahmat Atau Peringatan Dari Allah SWT?

Assalamualaikum.
Jumaat hari tu balik kerja hujan.. Alhamdulillah.. Dalam hati rasa tak best juga, sebab bila hujan nak sampai rumah jadi lambat, jalan jem walaupun saya hanya merempit dengan motosikal aje. Sebenarnya hujan ini Rahmat dari Allah dan ada ketikanya hujan ini adalah bala dari Allah S.W.T. Rupanya hujan terbahagi kepada 2 jenis juga yea. Yang pertama, hujan adalah rahmat dari Allah buat manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda hidup yang lain. Yang kedua pula, hujan adalah satu bala atau peringatan yang Allah turunkan akibat daripada perbuatan manusia yang lalai kepada Allah dan berbuat jahat di dunia ini.

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Surah Al Baqarah Ayat 22)


Hujan Rahmat, Hujan Rahmat Di Malam Hari, Hujan Rahmat Dari Allah S.W.T,
Hujan Rahmat atau Peringatan

Rasanya musim sekarang ni,hujan tak menentu. kadang hujan pagi. Nak pergi kerja waktu pagi jalan jadi sesak. Kadang hujan tengahari,waktu ini ok la kan sebab waktu ni ramai antara kita duduk di pejabat.Jika yang duduk di rumak pun dah balik dari pasar. Kadang-kadang hujan waktu petang. Waktu patang kadang-kadang kasihan tengok di kawasan bandar-bandar besar. Kebanyakkan kita yang balik kerja waktu petang dengan kereta terutamanya di Kuala lumpur ni terpaksa menempuh jem atau pun kesesakan jalan raya. Yang sedihnya ada yang balik lepas waktu kerja dan sampai di rumah bila waktu maghrib dah nak abis.

Jika mereka berhenti bersolat dahulu di pertengahan jalan kan bagus. Solat maghrib bukan lama pun. Tiga rakaat sahaja.Tapi tiga rakaat pun ramai yang tak nak tunaikan nya. Bila terfikir balik. Macam mana Allah S.W.T nak bantu kita orang Islam. Solat perintah Allah yang julung-julung kalinya yang Allah S.W.T akan tanya di akhirat nanti kita abaikan. Macam mana Allah S.W.T  nak bantu kita jika kita tak tunaikan perintah Allah yang besar seperti ni.Kadang-kadang sedih tengok keadaan umat hari ini. Umat hari ini nak Allah S.W.T bantu umat dalam setiap urusan. Tapi perintah Allah S.W.T kita abaikan, Sunnah Rasulullah S.A.W kita tinggalkan. Macam mana Allah S.W.T nak bantu kita orang Islam.

Sahabat-sahabat Nabi S.A.W dulu walaupun mereka biasa-biasa saja dari segi dunia tetapi perintah Allah S.W.T mereka buat, Sunnah Rasulullah S.A.W mereka amalkan sebab itu sahabat-sahabat Nabi S.A.W mereka dapat bantuan Allah bila meraka ada masalah. Tak ada orang yang berani nak lawan orang Islam pada masa tu. Kerana orang-orang kafir pada masa itu tahu, jika mereka ingin sakiti orang Islam, mereka terpaksa berdepan dengan Tuhan orang Islam, kerana itu Sahabat-sahabat Nabi S.A.W pada masa dahulu berjaya, kerana bersama sahabat ada bantuan dan Nusrah Allah. Umat hari ini jauh dari bantuan Allah.

Kadang-kadang bila hujan lebat di kawasan Kuala lumpur ni boleh jadi banjir kilat. Tiba-tiba air naik dengan mendadak didalam rumah. tak sempat nak alih-alih barang,air dah naik. banyak barang dan kenderaan rosak akibat banjir kilat tersebut. Bila berlaku banjir kilat ni biasanya kita kata sebab sistem perparitan yang tak sempurna seperti tersumbat dengan sampah sarap,longkak pecah,pokok-pokok
di hutan terhakis dan lain-lain lagi. Sebenarnya banjir Allah S.W.T  hantar kerana amalan manusia juga. Semoga Allah pelihara kita semua dengan menjadikan hujan sebagai Rahmat untuk kita dan tidak menjadikan hujan sebagai bala kepada kita.

Wallahulam.

Antara Sifat - Sifat Kasih Sayang Rasulullah

Assalamualaikum.

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.

1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.



3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”

5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”

6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”

8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.

9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.

10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”

Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”

Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.
Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”

Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”
Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).

WALLAHUALAM

Cara Tidur Rasulullah SAW

Assalamualaikum..

Saya nak kongsi tips Cara Tidur Rasulullah S.A.W.. Insyallah jika amalkan cara ni kita akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T.


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.

Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.

Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Cara Rasulullah  S.A.W Tidur


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Sekiranya  kita bersama pasangan kita tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin.

Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersama pasangan kita dulu.

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

Assalamualaikum Wr.Wb

Hari ni saya nak kongsi tentang memotong kuku cara Sunnah Nabi S.A.W. Potong kuku pun ada cara di dalam Islam. :-)

Lebih kurang maksud firman Nabi S.A.W barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

=> Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

=> Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

=> Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

=> Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

=> Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

=>Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

=>Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Begitu indahnya Islam, sampai potong kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.

Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor.

Lagi satu, mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai jari kelingking tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Aturan potong kuku:


potong kuku cara Sunnah

Wallahu a'lam

Malam Jumat

Assalamualaikum..

Hari Jumaat ni Penghulu segala hari. Hari yang mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Banyak peristiwa besar terjadi pada hari jumaat. Antaranya hari jumaat ni Nabi Adam di ciptakan Allah. Hari jumaat juga akan terjadinya Kiamat pada dunia ni. Hari jumaat juga mempunyai satu masa yang mustajab untuk kita berdoa. Yang mana dalam waktu hari Jumaat 24 jam ni,ada satu masa jika kita berdoa pada masa tersebut. Doa kita akan di perkenankan Allah. Oleh sebab ianya istimewa. Maka Allah rahsiakan masa tersebut. Sebab tu pada hari Jumaat kita di galakan untuk memperbanyak kan berdoa.

Perkara sunat pula jika mampu kita amalkan yea. Seperti Mandi sunat hari Jumaat. Bagi yang bekerja dapat la sekiranya mandi pagi sebelum pergi kerja tu di buat terus mandi sunat Jumaat. Caranya mudah sahaja. Seakan mandi hadas cuma niat sahaja berbeza. Hari Jumaat juga di sunatkan memotong kuku,menipiskan misai,memotong bulu ari-ari. Semasa pergi solat Jumaat kita pergi la awal sebelum khatib memberi salam utk membaca khutbah. Memakai wangi-wangian semasa pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Hari Jumaat juga kita di galakan untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Banyak lagi kelebihan hari Jumaat,semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk menghargai nikmat hari Jumaat. Semoga kaum lelaki di seluruh Malaysia&dunia dapat memunaikan solat Jumaat dengan sempurna.